Aktiviti yang dijalankan dalam tempoh Januari – Mac 2023
Laporan
ini merangkumi beberapa aktiviti yang dilaksanakan dalam tempoh Januari
– Mac 2023 di bawah Projek Pemulihan. Aktiviti-aktiviti tersebut
termasuk pencegahan kebakaran, pemantauan kepelbagaian biologi, rondaan
sungai, pemantauan udara, dan mesyuarat dengan pihak berkepentingan.
- Rondaan dan Pemantauan untuk Pencegahan Kebakaran oleh Komuniti
Rondaan pencegahan kebakaran diteruskan oleh pemantau-pemantau komuniti di Kg Meranti dan Kg Baharu Cenderawasih khususnya di kawasan yang mudah terbakar. Mereka juga mengemas kini kad indeks cuaca risiko kebakaran serta mengambil bacaan penunjuk aras air yang dipasang di dalam parit. Empat papan tanda Sistem Risiko Bahaya Kebakaran (FRDS) telah dipasang di Kg Baharu Cenderawasih pada 27 Mac 2023. Satu pam air terapung disediakan kepada petani nanas Kg Baharu Cenderawasih. Semua aktiviti ini adalah sebahagian daripada persediaan awal untuk komuniti menjelang musim kemarau yang diramalkan akan berpanjangan pada pertengahan hingga akhir tahun 2023 dan untuk mengurangkan risiko kebakaran di kawasan pertanian. - Pemantauan Kepelbagaian Biologi
Bancian Tahunan Burung Air Asia (AWC) 2023 telah dijalankan pada 25 dan 26 Februari 2023 di Sungai Bebar dan sempadan Ladang Pekan Barat, Ladang Bebar Utara, dan Ladang Bebar Selatan. Bancian tersebut telah merekodkan 961 individu daripada 81 spesies burung, dengan tiga spesies Terancam dan lapan spesies Hampir Terancam termasuk Burung Botak Kecil. Di antara senarai tersebut, 13 spesies tidak direkodkan dalam bancian 2022. Dari 9 hingga 12 Februari, pakar-pakar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menjalankan persampelan ikan di Hutan Paya Gambut Pahang Tenggara, termasuk kawasan ladang YP. Kerja analisi masih dijalankan. - Rondaan Sungai
Pemantau sungai telah menjalankan rondaan bulanan di Sg Bebar dari Kg Meranti sehingga ke kawasan berdekatan YPPH dengan merekodkan perubahan guna tanah di tebing sungai. Maklumat yang berkaitan telah dikongsikan dengan Pejabat Daerah Pekan, untuk menyokong pengurusan dan pemantauan penggunaan tanah. Pemantau sungai juga merekodkan fauna yang terjumpa dan status fenologi di tebing sungai. Dua ekor Lutong Cenekah telah direkodkan pada bulan Februari. Spesies monyet ini dikategorikan sebagai Critically Endangered oleh IUCN, dan endemik di Singapura dan Johor. Rekod baru ini adalah satu sumbangan penting kepada ahli-ahli biologi dan pakar primat. Selain itu, pemantau sungai juga menemui jejak kaki Cipan (spesies Terancam) di tebing sungai. - Pemerhatian Drone Berkala
Gambar udara berkala untuk kawasan projek telah diambil dan didapati parit pembalakan yang tidak disekat ataupun sekatan telah rosak. Lokasi yang dicadangkan untuk membina sekatan parit telah dikemukakan kepada pihak berkenaan dan sekantan perlu dibina sebelum musim kemarau bermula. - Perjumpaan dengan Pihak Berkepentingan
Beberapa mesyuarat dan perjumpaan dengan pihak berkepentingan telah diadakan untuk mengemaskini kemajuan Projek Pemulihan – iaitu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, YP Plantation Holdings dan Enggang Holdings pada 22 Februari, dan Pejabat Daerah Pekan pada 24 Februari.