PROJEK PEMULIHAN YPPH-GEC: PENCEGAHAN DAN PEMULIHARAAN KEBAKARAN DI BAHAGIAN TENGGARA HUTAN SIMPANAN PEKAN KEMASKINI KEMAJUAN: JULAI – SEPTEMBER 2023 UPDATE NO. 3/2023

Aktiviti yang telah dijalankan pada bulan Julai – September 2023
Laporan ini merangkumi beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan dalam tempoh Julai – September 2023 di bawah Projek Pemulihan YPPH-GEC. Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah mesyuarat dengan pihak berkepentingan, pemantauan dan rondaan berasaskan komuniti secara berkala, pemantauan biodiversiti, pemerhatian tapak kawasan projek melalui udara, meningkatkan mata pencarian komuniti, pengurusan nurseri anak pokok komuniti, kempen kesedaran, penyelenggaraan struktur sekatan parit, dan pengurusan Pejabat GEC Pekan.
1. Mesyuarat dengan pihak berkepentingan
Pelbagai mesyuarat telah dijalankan dengan pihak berkepentingan bersama dengan GEC di Pekan berhubung isu kebakaran hutan dan tanah serta perkara sara hidup masyarakat sepanjang tempoh Julai-September 2023. Mesyuarat ini termasuk perbincangan dengan agensi tempatan seperti Pejabat Projek SMPEM, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Jabatan Pertanian (DOA) Pekan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Enggang Holdings, Ladang YPPH Pekan Timur (LPT) dan Ladang YPPH Pekan Barat (LPB). Isu-isu yang dibincangkan termasuk persediaan untuk acara kempen kesedaran bersama kampung setempat, cabaran operasi ladang nanas di Kampung Baharu Cenderawasih, susulan isu kebakaran dan kejadian kebakaran berulang dari tempat kebakaran sebelum ini. Selain itu, GEC turut mengadakan pertemuan dengan Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA) berhubung usaha pelbagai pihak dalam mencegah kebakaran di sepanjang zon penampan Hutan Simpan Pekan dan ladang kelapa sawit berhampiran.



Rajah 1: Pelbagai mesyuarat dengan pihak berkepentingan dalam landskap.



YPPH juga telah dijemput oleh Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk berkongsi pengalaman dalam pencegahan dan pengurusan kebakaran tanah gambut pada Program Pencegahan dan Pemantauan Kebakaran di Tanah Gambut untuk Mengatasi Jerebu di Malaysia pada 27 September di Klang, Selangor. GEC telah memberi sokongan teknikal yang bersesuaian kepada YPPH untuk menyempurnakan bahan pembentangan yang bertajuk “Pengurusan Tanah Gambut: Punca, Strategi, Pencegahan & Kawalan Kebakaran”.
2. Aktiviti Rondaan dan Pemantauan Kebakaran Komuniti
Dua pasukan peronda komuniti telah melakukan rondaan dan pemantauan tapak secara berkala di Kampung Baharu Cenderawasih dan Kampung Meranti dengan merekod paras air dalam parit dan menukar penunjuk risiko kebakaran pada papan tanda Sistem Risiko Bahaya Kebakaran (FDRS) untuk kesedaran penduduk setempat. Maklumat berkaitan FDRS disebarkan melalui kumpulan WhatsApp rondaan komuniti yang dicipta oleh GEC, bersama-sama dengan kumpulan WhatsApp "Pencegahan Kebakaran Pekan" yang merangkumi pihak berkepentingan. Satu kejadian telah dilaporkan oleh peronda masyarakat setempat yang menyedari dua (2) jengkaut diletakkan di kawasan projek, berhampiran sempadan YPPH LPT, yang dipercayai digunakan untuk mengeluarkan kayu balak. Insiden itu kemudiannya dilaporkan kepada YPPH dan Enggang Holdings sebagai pengurus tanah baharu. GEC dimaklumkan bahawa isu itu telah disampaikan kepada Jabatan Perhutanan Negeri untuk tindakan, dan kontraktor jengkaut telah diberi arahan untuk menghentikan operasi.



Rajah 2: Komunikasi dengan peronda komuniti melalui WhatsApp Group dan pemberitahuan dua jengkaut telah diangkut dan ditinggalkan di tapak projek

3. Pemantauan Biodiversiti
Perangkap kamera telah dipasang di Pulau Kancil berhampiran Kampung Meranti untuk memantau pergerakan dan mengesahkan kewujudan hidupan liar. Lokasi yang dipilih berdasarkan andaian terdapat denai hidupan liar di dalam kawasan tersebut. Di kawasan tersebut telah direkodkan melalui pemerhatian kesan tapak kaki Cipan/Badak Tampong (Tapirus indicus), hal ini mewajarkan pemasangan perangkap kamera di kawasan tersebut. Selain itu, terdapat penemuan hidupan liar semasa aktiviti rondaan sungai bersama komuniti.
Hasil daripada pemasangan perangkap kamera dan rondaan sungai komuniti adalah seperti jadual di bawah.




Rajah 3: Rakaman terpilih kepelbagaian hidupan liar yang ditangkap oleh kamera

4. Pemantauan Tapak Dari Udara
Beberapa pemantauan melalui udara dengan menerbangkan dron di sepanjang sempadan ladang dan kawasan penampan, memantau penyelenggaraan blok terusan (atau sekatan parit), dan memantau dari udara di tempat yang api masih membara dalam kawasan kejadian kebakaran sebelum ini berdekatan ladang YPPH termasuk LPT dan Ladang Sungai Bebar Selatan (LSBS). Pemerhatian tapak membantu kemajuan menyelenggara blok terusan untuk mengenalpasti hakisan tebing akibat saluran air, serta menyokong dalam memantau tempat kebakaran sebelum ini yang pernah dilaporkan berlakunya kebakaran berulang kali. Maklumat yang berkaitan telah dikongsi dengan pihak berkepentingan yang terlibat untuk menyokong pengurusan kebakaran termasuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan kebakaran yang sesuai.



Rajah 4: Titik terbakar dikesan dari kawasan projek yang bersebelahan dengan LPT dan pandangan udara pembinaan blok terusan untuk meningkatkan paras air.

5. Menaik Taraf Mata Pencarian Komuniti
Salah satu aktiviti bagi menaiktaraf mata pencarian komuniti ialah projek penanaman cendawan tiram yang melibatkan masyarakat orang asli di Kampung Meranti. Aktiviti tersebut adalah kesinambungan daripada bengkel latihan cendawan oleh Pekan Mushroom Resources (PMR), di mana komuniti dan GEC telah membina rumah cendawan dan menempatkan benih cendawan untuk pengeluaran. Penanaman cendawan itu bertujuan untuk mengurangkan amalan di mana masyarakat tempatan bergantung kepada hasil hutan dan bukan hutan yang sudah terhad untuk kelangsungan hidup mereka. Dari sudut pandangan jauh pula, projek ini adalah untuk mengurangkan risiko kejadian kebakaran dengan menyediakan alternatif kepada masyarakat setempat untuk menjana pendapatan dan mengurangkan aktiviti manusia ke dalam hutan. Selain itu, pemilik PMR juga menunjukkan alternatif lain dalam mengurangkan sisa nanas dengan menggunakan mesin pengisar yang kemudiannya sisa yang telah dikisar boleh digunakan untuk dijadikan substrat benih cendawan.



Rajah 5: Projek penyemaian cendawan di Kampung Meranti.

6. Pengurusan Tapak Semaian Komuniti
Dengan risiko banjir di dalam kawasan yang berpotensi untuk penanaman, adalah dicadangkan untuk menanam spesies tumbuhan yang tahan air untuk pemulihan iaitu Gelam (Melaleuca leucadendra). Gelam merupakan spesies tempatan dan asli yang terdapat di kawasan basah berhampiran pantai dan paya gambut di Kampung Baharu Cenderawasih. Beberapa ahli komuniti telah menunjukkan minat untuk menubuhkan tapak semaian komuniti dalam memelihara hutan liar. Ahli komuniti telah diberikan maklumat am dan latihan mengenai ciri tumbuhan dan pengurusan tapak semaian.



Rajah 6: Sesi taklimat pengurusan tapak semaian dan penubuhan awal tapak semaian komuniti.

7. Program Jangkauan Masyarakat mengenai Pencegahan Kebakaran Hutan
Sebagai tindak balas kepada isu kebakaran hutan dan tanah pada April-Jun 2023, GEC dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan telah memulakan Program Jangkauan Komuniti (juga Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA)) mengenai Pencegahan Kebakaran Hutan dan Tanah Gambut. Penganjur bersama program itu termasuk agensi seperti JAS Pahang dan komponen Projek Pengurusan Lestari Ekosistem Tanah Gambut di Malaysia (SMPEM) Pahang. Program tersebut diadakan pada 18 Ogos lalu di Kampung Baharu Cenderawasih dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan termasuk wakil Jabatan Pertanian (DOA) Pekan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Pahang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB), BOMBA serta Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya yang dihadiri oleh 100 peserta yang kebanyakannya daripada petani nanas di kampung tersebut. Pengusaha nanas dinasihatkan untuk menggunakan amalan pengurusan terbaik dalam pengurusan ladang nanas bagi mengelakkan sebarang risiko kebakaran. Acara itu turut mengalu-alukan sepasukan 10 anggota bomba komuniti dari kampung itu untuk menjadi barisan hadapan dalam membanteras kebakaran tanah gambut secara kecil-kecilan jika berlaku di kampung mereka.



Rajah 7: Anggaran 100 peserta telah menghadiri Acara Kesedaran Kebakaran di Kampung Baharu Cenderawasih yang diadakan pada 18 Ogos.

8. Penyelenggaraan Sekatan Parit
Beberapa sekatan parit di dalam Kawasan projek pemulihan telah dibaiki dan diperkukuhkan bagi memastikan struktur dapat mengekalkan air pada paras optimum yang ditetapkan semasa pembinaan. Terdapat empat sekatan parit yang telah diselenggara di kawasan projek, berhampiran sempadan YPPH, yang memainkan peranan penting dalam menyediakan sumber air yang mencukupi untuk memadamkan kebakaran. Kerja-kerja penyelenggaraan termasuk memperkukuhkan struktur tebing di blok daripada terhakis, memandangkan permulaan musim tengkujuh pada bulan Oktober. Kerja penyelenggaraan ini telah ditanggung sebagai pembiayaan bersama daripada Enggang Holdings.



Rajah 8: Kerja-kerja penyelenggaraan sekatan parit sedang dijalankan di tapak.
9. Forum Pembelajaran Lawatan Sambil Belajar Komuniti di Selangor
GEC telah menganjurkan Forum Pembelajaran Bersama Komuniti dan Lawatan Sambil Belajar di Selangor pada 10-12 Julai 2023 dengan objektif untuk menyediakan platform dalam mengumpulkan komuniti yang telah bekerjasama dengan GEC untuk perkongsian pengetahuan rakan sebaya dan pertukaran pengalaman. Terdapat wakil daripada masyarakat Kampung Baharu Cenderawasih dan Kampung Meranti yang menghadiri forum tersebut.



Rajah 9: Wakil masyarakat dari Kawasan Pemulihan YPPH-GEC (iaitu Kampung Meranti dan Kampung Baharu Cenderawasih) menghadiri Forum Pembelajaran Program Komuniti di Selangor.