Pemberian Nasi Beriani Kambing Kepada Pekerja-Pekerja Ladang di YPPH

Aktiviti yang telah dijalankan pada 22 Disember 2023

Laporan ini merangkumi aktiviti yang telah dilaksanakan pada jumaat, 22 Disember 2023 oleh pihak Yayasan Pahang Plantation Holdings Sdn. Bhd.


Rajah 1: Nasi Beriani Kambing telah diagihkan kepada pekerja.
Pemberian Nasi Beriani Kambing telah diagihkan kepada beberapa ladang di Gugusan Pekan, Gugusan Endau dan Gugusan Rompin. Antara ladang yang telah menerima pemberian daripada pihak YPPH adalah Ladang Pekan Timur(LPT), Ladang Pekan Barat(LPB), Ladang Endau Rompin(LER), Oil Palm Nursery(OPN), Ladang Sungai Pasir(LSPR),Ladang Sungai Endau(LSE), Ladang Tanjung Gemok(LTG), Ladang Sungai Bebar Selatan(LSBS) dan Ladang Bukit Payong(LBP).


Rajah 2: Pekerja menerima makanan sumbangan dari pihak YP Plantation Holdings Sdn. Bhd.
Dengan rendah hati dan sukacita, pihak Yayasan Pahang Plantation Holdings ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pekerja ladang yang gigih dan berdedikasi. Hidangan yang lazat ini bukan hanya memikat selera para pekerja, tetapi juga merupakan perhatian dan penghargaan Yayasan Pahang Plantation Holdings terhadap pekerja-pekerja yang tekun dan penuh semangat bekerja di ladang ini. Nasi beriani kambing yang diagihkan bukan hanya sekadar hidangan lazat, tetapi juga simbol penghargaan dan kehormatan terhadap usaha serta kesungguhan pekerja-pekerja dalam menjalankan tugas harian di ladang ini. Harapnya agar setiap pekerja merasakan kehangatan dan kebersamaan yang telah dikongsikan.

Rajah 3: Pekerja sedang menikmati makanan yang telah diberikan.
Pekerja ladang adalah tulang punggung kepada kejayaan ladang ini, dan pihak YPPH ingin pekerja-pekerja ladang tahu betapa pentingnya peranan dan usaha mereka di dalam syarikat. Hidangan ini juga mencerminkan kebersamaan dan ikatan yang erat antara kita sebagai satu keluarga besar Yayasan Pahang Plantation Holdings.

Rajah 4: Makanan yang telah diagihkan oleh pihak YP Plantation Holdings Sdn. Bhd.


Rajah 5: Pekerja sedang beratur menunggu giliran untuk mendapat makanan.
Semoga kerjasama kita terus berkembang, dan Yayasan Pahang Plantation Holdings sentiasa menjadi sumber kebanggaan dan keberkatan bagi seluruh komuniti pekerja. Terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan anda.

Rajah 6: Ketibaan van agihan makanan.