Penubuhan YPPH
YP Plantation Holdings Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1985 merupakan anak syarikat milik Yayasan Pahang. Dahulunya YPPH dikenali dengan nama Sumber Perindu Sdn Bhd. Pada 24 Januari 2003, Nama Sumber Perindu Sdn Bhd telah ditukar kepada YP Plantation Holdings Sdn Bhd (YPPH) yang mana pemilihan nama baru ini adalah atas pandangan dan saranan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, selaku pengerusi syarikat.
Sehubungan itu, logo baru syarikat telah dilancarkan pada 28 Februari 2003 sesuai dengan imej baru YPPH untuk membangun sebagai syarikat berteraskan perladangan yang efektif dan menjana ‘stakeholder’ (Yayasan Pahang) untuk memenuhi matlamat jangka panjang Yayasan Pahang. YPPH telah menceburi bidang perladangan kelapa sawit sejak tahun 1994 dengan pembukaan ladang pertama seluas 1,171 ekar.
Syarikat kini dalam peringkat pembangunan dan pembesaran ladang kelapa sawit di tanah milik perbadanan induk, Yayasan Pahang setelah melihat kepentingan industri perladangan sebagai sumber kewangan utama kepada Yayasan Pahang untuk tempoh jangka panjang.
Sebagai sebuah ‘investment-arm’ kepada Yayasan Pahang, syarikat mensasarkan perolehan yang maksima melalui pengurusan yang efisen dan kos efektif seterusnya berupaya menjana pendapatan yang stabil dan berterusan kepada Yayasan Pahang untuk membantu anak-anak Pahang mencapai kecemerlangan pendidikan.