POLISI KUALITI
Kami warga YPPH bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan sokongan kepada ladang-ladang milik YPPH dengan cekap, berkesan dan dipercayai untuk kemakmuran organisasi melalui penambahbaikan sistem kualiti yang berterusan.
Dikemaskini pada 01 Oktober 2021POLISI KELESTARIAN MSPO
Kami warga YPPH komited melaksanakan operasi pengurusan ladang yang cekap dan berkesan dalam pengeluaran buah tandan segar (BTS) berkualiti tinggi dengan mematuhi segala keperluan dan prinsipal MSPO MS 2530-3:2013 yang berteraskan kesejahteraan masyarakat (People), penjagaan alam sekitar (Planet) 4 dan keuntungan organisasi (Profit) melalui penambahbaikan yang berterusan.
Dikemaskini pada 02 Mac 2020POLISI SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH
YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. (YPPH) komited bagi memastikan pengurusan dan kakitangan berintegriti dalam melaksanakan operasi Syarikat melalui:
- Menghalang dan mencegah aktiviti rasuah di kalangan semua kakitangan YPPH.
- Pematuhan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan lain-lain akta, perintah, peraturan dan prosedur terpakai kepada YPPH.
- Selaras dengan tujuan dan matlamat YPPH untuk memastikan syarikat bebas rasuah.
- Menyediakan rangka kerja untuk menetapkan dan menyemak objektif anti-rasuah.
- Melibatkan komitmen semua kakitangan untuk memenuhi keperluan SPAR yang berkaitan.
- Menyediakan saluran dan menggalakkan pelaporan mengenai aktiviti berunsur rasuah melalui Polilsi Perlindungan Pemberi Maklumat.
- Galakan menzahirkan keprihatinan dengan niat baik atau berdasarkan keyakinan yang munasabah tanpa rasa takut dibalas tindakan.
- Melibatkan komitmen terhadap penambahbaikan yang berterusan kepada SPAR.
- Memberi kuasa dan kebebasan kepada Pegawai Pematuhan Integriti menialankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan melaporkan terus kepada Badan Takbir Urus.
- Ketidakpatuhan kepada polisi ini membolehkan tindakan tatatertib dan/atau undang-undang dikenakan kepada mereka yang terlibat.
POLISI PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH DAN SUMBANGAN
YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. (YPPH) komited
komited untuk memastikan pengurusan dan
kakitangan tidak akan terlibat atau menerima apa jua
bentuk rasuah atau sogokan (sama ada secara
langsung, atau melalui pihak ketiga).
Semua warga YPPH bertekad untuk tidak meminta
atau menerima segala bentuk hadiah seperti wang,
hamper, tajaan percutian, tambang percuma,
perkhidmatan dan sebagainya daripada
mana-mana orang yang mempunyai hubungan
dengan tugas rasmi. Seseorang individu juga tidak
boleh menerima hadiah yang tidak sepadan dengan
maksud ianya diberikan atau diterima dengan niat
rasuah atau jenayah.
POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. (YPPH) komited berusaha secara berterusan untuk
meningkatkan tadbir urus dan pengurusan dengan mewujudkan Polisi Perlindungan
Pemberi Maklumat (Whistlebiower Protection Policy) bagi mencegah dan mengesan
kegiatan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti dengan lebih berkesan. (Rujuk
Akta Perlidungan Pemberi Maklumat 2010).
YPPH ingin menggalakkan kakitangan, orang awam, pembekal, kontraktor dan
lain-lain pihak ketiga untuk melaporkan apa-apa pelanggaran tatalaku atau
perbualan rasuah samada yang sedang berlaku, disyaki akan berlaku atau yang telah
berlaku. Sebarang tindakan yang menyatahi undang-undang salah laku dan
penyalahgunaan kuasa ataupun penyelewengan ke saluran yang telah ditetapkan
tanpa rasa takut atau bimbang.
YPPH memberi jaminan kepada Pemberi Maklumat bahawa dia akan dilindungi
dariapada sebarang tindak balas. Semua aduan yang dilaporkan kepada YPPH adalah
merupakan maklumat sulit. Identiti Pemberi Maklumat tidak akan didedahkan kecuali
diperlukan oleh undang-undang.
Aduan atau maklumat boleh disalurkan dengan cara:
HADIR SENDIRI
Pegawai Pematuhan Intergriti YPPH
Tn Haji Omar B. Ismail
Pegawai Intergriti YP
Pn Razimah Bt. Abdullah Hashim
SURAT
Pegawai Pematuhan Intergriti YPPH
Jabatan Audit Dalaman dan Intergriti YPPH,
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur 26060 Kuantan, Pahang .
Pegawai Intergriti YP
Unit Intergriti Yayasan Pahang ,
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur 26060 Kuantan, Pahang .
POLISI KONFLIK KEPENTINGAN
YP Plantation Holdings Sdn Bhd sentiasa berusaha memberi komitmen sepenuhnya untuk memastikan tahap integriti yang tinggi, tadbir urus yang baik dan ketelusan dalam semua urusan rasmi syarikat. Selaras dengan itu, Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan syarikat adalah dilarang sama sekali untuk:
- Mempunyai kepentingan peribadi/kewangan dengan pihak ketiga yang terlibat dengan urusan rasmi syarikat.
- Menyalurkan apa-apa maklumat berkaitan syarikat tanpa kebenaran Pengurusan Tertinggi Syarikat yang membolehkan pihak ketiga mendapat manfaat dalam apa-apa urusan rasmi syarikat.
- Menjalankan apa-apa bentuk transaksi dengan menggunakan akaun peribadi dengan pihak ketiga yang mempunyai urusan rasmi dengan syarikat.
- Menerima bayaran/komisen/barangan berharga daripada pihak ketiga yang mempunyai urusan rasmi dengan syarikat.
- Menggunakan kedudukan rasmi untuk mengembangkan kemajuan kerjaya ahli keluarga di dalam syarikat.
POLISI KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJA
Kami komited untuk mencapai tahap keselamatan dan kesihatan yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti perniagaan melalui :
- Mematuhi semua perundangan dan peraturan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan .
- Memastikan piawaian dan prosedur kerja adalah jelas , diikuti dan sentiasa dikemaskini .
- Menyediakan latihan , maklumat dan arahan keselamatan dan kesihatan yang jelas dan mencukupi kepada semua pekerja .
- Melaksanakan dan memastikan perkara - perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan diberi keutamaan pada setiap masa.