Profil YPPH
- Utama
- Nilai-nilai Murni
NILAI - NILAI MURNI
JUJUR
- Berpegang teguh kepada peraturan agama, nilai sejagat,prinsip moral, undang-undang negara dan peraturan syarikat.
TANGGUNGJAWAB
- Bersikap amanah dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan semua pekerjaan dan tugas yang diberikan serta bertanggungjawab dengan semua tindakan yang dilakukan.
IKHLAS
- Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan telus dan benar-benar untuk manfaat dan kebaikan syarikat tanpa mempunyai maksud tersembunyi yang bersifat negatif.
DISIPLIN
- Bekerja mengikut peraturan dan prosedur serta waktu yang ditetapkan dengan hasil yang maksima bagi kepentingan syarikat.
KERJASAMA
- Bekerjasama melaksanakan tugas dalam suasana harmoni dan semangat berpasukan bagi mencapai tujuan yang ditetapkan syarikat di mana setiap individu memberikan yang terbaik dan saling menghargai, mempercayai antara satu sama lain.
RAJIN
- Bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
PRIHATIN
- Peka dan memahami keperluan pemimpin, pelanggan dan rakan sekerja dengan memberi bantuan tanpa diminta.